Senam Sihat MADANI Merdeka 2026
30 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniTarikh: 29 Ogos 2026
Hari: Sabtu
Masa: 8.00AM-11.00PM
NADI Padang Rengas telah menganjurkan Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 bertempat di Perkarangan Perpustakaan Awam Cawangan Padang Rengas.
Program bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” ini telah dijalankan secara serentak di NADI seluruh Malaysia bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan komuniti.
Aktiviti yang telah dijalankan seperti senamrobik dan nyanyian lagu patriotik. Program mendapat sambutan yang baik daripada komuniti setempat dengan penyertaan hampir 60 orang peserta.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: